ok serious.
pernah tak korang rasa macam 'eh tak sangka'.. means coincidence. berlaku secara kebetulan. ajaib sungguh. saya pernah.
ini cerita tentang beberapa orang makhluk Allah yang saya bertemu secara coincidence dan kini menjadi sebahagian dalam hidup saya dunia dan akhirat insyaAllah.. nama diorang tidak akan disebutkan. nanti diorang glamour lebih dari saya -_-"
dulu masa saya mula-mula masuk diploma, ada student baru masuk kelas kitorang. perempuan. cantik. sekali pandang, mesti nak pandang lagi. orang perempuan tengok pun dah ternganga, lelaki tengok jangan cakapla :)
macam biasa, saya kan suka kawan dengan perempuan cantik. bukan lesbo okey. cuma jadikan dia inspirasi. kalau dah kawan dengan orang cantik, barulah kita boleh tanya, eh kau guna pencuci muka apa, eh kau beli baju kat mana, eh kau ada abang kacak tak. contoh je. tapi cuba bayangkan kalau perempuan cantik tu bukan kawan kita. jumpa dekat Tesco pastu tetiba tanya, eh kau pakai mekap apa, kau cuci muka guna sabun apa. tak ke gila.
saya tegur dia. hye. budak mana? dia jawab budak ***.. eh eh.. tu kampung saya. muka bersinar sebab satu kampung dengan perempuan cantik. weee. lepas dari hari tu, kitorang terus jadi kawan. tapi tak rapat sangat. sebab dia budak baik and saya budak nakal. so kitorang macam tak ngam -_-"
satu hari tu, entah macam mana, dia tegur saya kat kelas. eh wani, rupanya kita sedara lahhh.. hah?? biar betul. muka saya bersinar lagi sebab bersaudara dengan perempuan cantik. haha. gila kau wani. memanjang muka bersinar -_-"
entah dari mana dia korek salasilah keluarga. tapi memang betul. nenek kami in a relationship. eh macam lain. tak tak. nenek kami macam ada relation. status diorang sepupu kot. so saya dengan perempuan cantik tu macam tiga pupu. ow patutla saya cantik macam kupu-kupu. ceh tetiba ^_^ muka bersinar sekali lagi
so conclusion coincidencenya, perempuan yang saya-mula-mula-pandang-and-terus-cakap-cantik-and-terus-nak-kenal-dengan-dia rupanya darah daging saya. lepas ni siapa yang cantik, tolong contact saya cepat. mana tahu kita suadara -_-"
ok moving on..
ini pulak masa saya mula-mula masuk degree. saya attended satu kelas. dalam satu situasi, saya terserempak dengan seorang student lelaki dalam kelas kami. saya menyampah sangat tengok dia ni. entah kenapa. dia macam kerek gila. eii tak suka tak suka.
cara saya tak suka dia, takde lah obvious sangat. takkan nak pergi kat dia, woi aku menyampah gila kat kau. tahu tak? tak sampai hati nak cakap macam tu. mak ayah dia jauh -_-"
pendekkan cerita, satu hari dia tegur. wei, beg ko cantik. aku nak. saya jawab, tak bolehhhh. esoknya dia tarik-tarik beg saya time kitorang on the way to class. saya cakap, wei janganlahhh. dia cakap, aku nak beg ni. saya balas, beli sendiri.
jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu kitorang hanya gaduh pasal beg. gila ah mamat ni. pasal beg pun kecoh. saya jadi emo -_-"
satu hari, saya dapat tahu yang mamat ni admire kat seorang kawan rapat saya. yesss. ini lah masanya nak sebarkan berita. gosip dah berleluasa. tengoklah mulut siapa yang cerita. heh heh. saya try kenen-kenenkan diorang. tapi tak menjadi. haih. start dari gaduh, kenen-kenen, kitorang jadi rapat. now, he is my good friend.
betul cakap orang tua-tua. yang kita tak suka tu, nanti akan jadi rapat dengan kita. tapi janganlah kau nampak mamat kacak, kau benci dia separuh mati. reasonnya, benci-benci, lama-lama sayang, pastu cinta itu cinta ini. tu gila. sebab gerak hati semua kerja Dia. kalau Dia tak izinkan, tak kemana. macam keadaan saya, mamat tu taklah kacak mana. tapi sebab dah selalu gaduh and boleh ngam, layankan je. haha. mati ah aku kalau dia baca dia tak kacak -_-"
pada perempuan single, kalau nak kenal dengan kawan saya ini, sila tinggalkan nombor ic. walaupun dia tak kacak, tapi ketinggian dia seksi. haha. cicak, pendek-pendek kau pun, kau tetap kawan terbaik dari ladang. aku dah puji kau. so nak air free-yang kau jual aritu-7 cawan tauu :)
by the way, saya panggil dia cicak sebab dia kobeng. kobeng tu apa sebenarnya? ok tak tau -_-"
again; semua ni kebetulan yang ajaib. semua plan Allah. kau benci dia, last-last jadi bestfriend ever ^_^
ok nexttt..
ini tak boleh cerita panjang-panjang. bahaya. ceh bahaya. padahal takde idea. sebab kes dia macam panjang sangat -_-"
cukuplah saya pendekkan semua tentang dia.
kitorang kenal kat friendster
saya malas nak layan dia sangat *kerek*
saya dah tak layan friendster, dia jumpa saya kat facebook pula
dia tegur
mula-mula macam malas nak layan *kerek lagi*
tapi bila dah sampai satu masa, segalanya macam terbongkar, saya boleh keluarkan statement ini. lahaiiii, dia rupanya :)
semuanya kebetulan. ataupun memang dah suratan. tanda soal
ok habis ^_^
sebab tu lah, jangan sombong, jangan bongkak, jangan riak dengan orang sekeliling kita. maybe dia saudara, old friend, kawan kita punye kakak, jiran lama, ataupun jodoh kita. hidup ni mencabar. sometimes itu yang buat ia indah :)
There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle - Albert Einstein
keajaiban ada dimana-mana. macam emak saya. ajaib lahirkan anak susah nak berhenti bercakap entah apa-apa -_-"