Saturday, June 26, 2010

food issues

semalam saya godek-godek lappy. sebab nak wat clearance. kalau new semester dah nak buka, ini aktiviti wajib. tapi saya tiba-tiba jadi musykil bila buka folder pictures. apsal gambar saya banyak gambar macam gini.



ishh. rindu moment ni. depan tu penuh dengan kasih sayang. tengok tengok. ahhhh~



pipi labuh siot. tu pun tak sedar diri. gila ahh



barang-barang untuk isi dalam tangki perut. ngap ngapp~



mangkuk siapa neh? jangan tumpang letak depan saya boleh tak? kang orang lain pikir macam-macam -_-"


ada satu famous quote cakap; eat to please yourself, but dress to please others :)

saya pegang quote tu. eat to please yourself y'all~!! hihi ^_^

sebab tu pernah sekali ada kakak tegur kat kursus mana entah- saya dah lupa. kakak tu cakap, macam tak pakai braces la dik. adik kakak pun pakai braces. tapi dia selalu makan bubur je.

hamboiii~ nak kata aku makan banyak ahhh tu -_-

makan lagi; apedehal. kannnn?

luv, wani..

hati

Allah uji sekejap untuk bagi ganjaran yang berganda.
sabar dan tenang lah kamu hendaknya.
dekatkan diri padaNya.
insyaAllah, kamu tidak akan Dia lupa.
saya juga manusia biasa.
pernah terleka.
Alhamdullilah berkat doa, semua tenang seperti sedia kala.


kongsi rasa sebab saya nak kamu turut bahagia di luar sana.
by me, dua-puluh-enam hari bulan Jun 2010

:)

luv, wani..

Wednesday, June 23, 2010

gigi, stay here!

ayuh cakap tentang braces. also known as orthodontic braces. bahasa pasar cakap, gigi besi.

dulu saya budak rabbit. gigi terabur. tak tahu mana 1 gusi, mana 1 gigi. ishh dasyat. masa saya baby, Allah bagi saya gigi yang cantik putih berseri. around umur saya 3 tahun macam tu, something tragis dah berlaku. budak nakal memang macam tu. budak perempuan lain main masak-masak, main kahwin-kahwin. tapi saya tak. saya main bala tentera. konon nak jadi navy. saya ambil bolster (bantal peluk panjang) , kemudian pijak dan goyang-goyangkan. kau dapat bayangkan tak macam mana bantal tu licin dengan permukaan lantai mozek. memang cari nahas -_-"

saya main tak hengat dunia. berdiri and gerak-gerak atas bolster macam tu la kapal marin saya. main punya main, bammmmm! tersungkur. dapat pakej jahitan muka dari kening ke dagu. gigi terabur and mungkin pada masa tu jugak, gusi lari dari landasan

bila dah besar, saya nak jadi cantik. gigi terabur buat saya tak confident. dah la kuat gelak kuat sengeh. malu nak tunjuk gigi. heh heh

so i decided to do braces.

ini bukan gigi saya. source from Google. gigi mahal kena simpan. tak boleh tayang sangat. bahaha


bila dah pakai braces, kita ibarat bercinta dengan dentist. selalu kena jumpa. kalau tak, boleh jadi meroyan. bila jumpa dentist, dia akan tarik posisi gigi kita slow-slow, tukarkan wayar besi and so on. so nanti in the end, akan ada allignment supaya gigi tersusun cantik. meeting dengan dentist, depends. sebulan or 3 bulan akan datang. yang tu dentist tentukan. takpayah risau. saya dah pakai braces since setahun lepas :)

wayar and bracket yang dipasang tu tujuannya nak bagi force pada ligament gigi (PDL) and effect kat alveolar bone supaya gigi boleh gerak. akan rasa sakit sikit. tapi lama-lama dah immune. bila sakit gigi, saya buat bodoh. sebab dah macam isi dengan kuku -_-"


gigi jarak dekat.


pakai braces tak tentu berapa lama. itu between awak dengan dentist. pandai-pandailah korang disscuss. selalunya ikut pakej. kalau pakai braces yang jenis kuat and capat gerak, tak lama pun pasang.

macam saya, saya pilih plan pakai braces just untuk 1 tahun setengah. dentist tu juga yang suggest kan. ambil pakej yang cepat gerak. orang tak sabar, memang kena pilih pakej macam tu :)
ada kawan lain, 3 ke 4 tahun. so it depends.

bila pemakaian braces berlangsung, makan minum kena jaga. jangan makan keras-keras. tapi saya selalu gigit ais. ok fine, takleh jadi doktor gigi macam ni. nasihat takleh pakai T_T

bila dah pakai braces, saya dapat banyak nama timangan. ugly betty, budak besi, iron lady, besi buruk etc. bedebah betul diorang neh.

dulu ramai takut pakai braces sebab nampak hodoh. iya ke?


shahir my dearly. kah-kah-kah.
dia menaikkan martabat manusia-pakai-braces-seantero-dunia. tengok! mana ada pakai braces nampak hodoh. handsome banyak wooo


eh. tak hodoh pun.
masuk bakul angkat sendiri -_-"


rileks je pakai braces.
the end.

luv, wani..

Tuesday, June 22, 2010

cherished moments



i am touched :')
kalau macam ni punya hilang, mak abah takyah risau. ramai inspector boleh tolong war-warkan. pelik. macam mana boleh jumpa belog tapi tak jumpe facebook saya. inspector ni pun. lain lah kalau belog saya dah keluarkan kat Harian Metro ruangan berita dunia. ekekek ikan kekek ^_^

nasib baik dah dapat jejak kasih. fuhh

naazreen ni one of my collegue kat Majils Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). saya panggil kakak comel ni; kak erin. kami practical sama-sama in 2008. she is from other IPT. masa tu, we all mix. semua dari IPT lain-lain but dalam department yang sama. but we can get along together :)

time tu kat office; saya dipanggil budak kecik sebab paling muda. yang lain semua tua dua tiga tahun. department kami paling havoc sebab penuh dengan budak practical yang happening gila wa cakap lu. ish rindu.

time saya practical di sana, saya diprotect habis-habisan. kan budak kecik ^_^
kalau masing-masing nak turun beli snacks, semua offer. budak kecik nak kirim? budak kecik nak apa-apa? alahaiiii baiknya abang kakak macam ni -_-"

kalau saya masuk office pagi-pagi muka ketat ya Rabbi, ada je kakak abang yang tegur. tak cukup tidur? tengah lapar ke? takmo muka cam gitu. jom breakfast. alololo. saya tak tahu nak cari abang kakak macam tu kat mana lagi -_-"

thank you untuk penjagaan rapi. you guys are one of my precious. selamat semuanya. ada masa ada rezeki, kita reunite ya :)

luv, wani..

Monday, June 21, 2010

storytelling

ketiadaan saya yang agak lama ialah sebab pergi bertapa entah pape -_-"
bertapa di utara memang great. macam taknak balik. tapi tak boleh. new semester dah nak start. semangat nak belajar berkobar KOBRA.

macam biasa, kalau ikutkan hati, malas nak tayang gambar. sebabnye, kat facebook pun dah semak dengan gambar camni. tapi teringat golongan yang takde facebook tu. tak tengok gambar, kang rindu susah. haha. perasan kau wani. dah diamm

alhamdullilah vacay dengan family jalan lancar. selamat pergi selamat balik. on the road pun lancar. yela kot. sebab saya hentam tidur kat belakang. tak tahu lah kalau jadi kejadian aneh.


ok. ni Perlis. scenery resort ni sangat vitamin. segar bugar kat sana Tasoh Lake Resort



candid. it was taken by emak. serabai betul


before maghrib lepak sini dulu. sebelum hantu start terbang-terbang.



ok next. this pictures was in Penang

at Copthorne Orchid Hotel Penang. siapa bilang gadis Melayu tak menawan? eh eh tetiba


sebab tu tak sesat. tengok map dulu -_-"


lupa nama pantai nih. its ok la kan. tengok gambar je and duduk diam-diam



ececeh wani, ececeh ^_^


part ni menyampah. susun barang pastu bonet sendat pastu emo sebab barang gemok sangat.


kan aku dah kata. ni kes penat. ni muka hodoh tahap biasa. ada lagi hodoh. takpe, simpan dalam laci tengok sorang-sorang cukup.


mak and baby hilang. call polis kejap. taken by abah.


keluarga bersatu kembali. mak and baby sudah ditemui. melaporkan untuk diri sendiri -_-"


lepas ni, entah bila dapat pergi vacation lagi. ish

the end.

luv, wani..

Friday, June 18, 2010

lucky terlampau


saya bukan budak sport. tapi saya support sport tempatan. selamat semuanya untuk semua yang terlibat dengan Sukma XIII Melaka 2010 :)


dah la bukan budak sport. nak juga tepek gambar ni. ish, bukan apa. saja nak tayang pass gantung-gantung kat leher tu. boleh masuk stadium as a VVIP. kadang-kadang jakun, apa salahnya -_-"

terima kasih penyumbang pass VVIP. lain kali nak lagi ^_^
boleh? hmm


kan dah cakap. dia memang suka enter frame. depan-depan alam berdiri. gila glamour betol. semua station TV ada. jadi teruja


lepas depan padang, enter frame belakang VVIP pulak. tepi-tepi


well done Melaka, well done!

bravo bravo.



bersukan elok-elok. takmo gadoh. good luck semua! :)



luv, wani..

Sunday, June 13, 2010

luangkan sedikit masa


utusan dari pembaca.

cis! annoying gila gambar. penuh pura-pura -_-"


ok start

guyz, saya dapat Beautiful Blogger. ek eleyh, berlagak seh. dah diammm -_-"
kepada pemberi award, harap kamu tak silap orang. karang malu saya kalau terperasan lebih. tup-tup salah orang. haha. by the way, terima kasih Zatul!

betul cakap orang; termakan budi. kalau dah dapat award, mesti ah kena makan budi-budi -_-"

award ini package. kau dapat award, automatik dapat soalan. nak tak nak, jawabbb!


1. thanx to the person who gave you the award and link the person.

thank you Zatul. she is one of my classmates. sangat manis budaknya. dia muda dan saya pun tua. huh. ini blog nya. sila sila

2. spread the words to 15 bloggers who you like and you think their blogger are awesome!

wahai mana-mana 15 bloggers, tolonglahhh perasan untuk kali ini. kali ini saje. tolong ambik award Beautiful Blogger ini. ok settled! :)

3. tell 7 things about yourself.

satu : geli kucing sebab bulu-bulu
dua : tak boleh miss breakfast untuk tiap pagi. tak bolehhh
tiga : close dengan family. kalau emak pergi kursus, adik-adik nak pergi camping; boleh nangis tersentuh hati
empat : sangat BENGANG dengan perokok handalan sembur asap dekat muka orang. kurang diajar
lima : boleh control emosi orang, tak boleh control emosi sendiri
enam : cepat marah cepat cool
tujuh : homebody person



perihal kedua. masih dalam mood Zatul. haha. ini budak memang tauu. saje nak korek hidung. eh tak, saje nak korek cerita. boleh sangat. tag dari si comel Zatul. ok meh nak jawab.

1. adakah anda happy sekarang?

sangat!

2. kenapa anda happy?

sebab diberi kesempatan untuk hidup. boleh main jawab-jawab tag macam ni. syukur Ya Allah :')

3. apakah benda yang boleh buat anda happy?

bila semuanya dalam keadaan baik :)

4. pernahkah anda menerima tag?

pernah

5. nyatakan warna yang anda suka?

merah

6. beritahu 9 orang yang anda mahu tag?

hai 9 orang, meh sini meh

7. tulis sesuatu tentang orang yang anda tag.

mereka seorang manusia

8. adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?

Alhamdullilah happy. selesai jawab tag ni


luv, wani..

Thursday, June 10, 2010

adik Aina dah besar


being a sister isn't a big thing.
it's a million things :)
thanks for your friendship.
Happy 12th Birthday Aina!


aina seorang adik yang manis. dari segi muka dan juga sikapnya. haha. taklah. sikap dia tak manis. dia gembeng. sikit-sikit nangis, sikit-sikit jerit, sikit-sikit cari gadoh. semua sikit-sikit. sebab yang banyak-banyak, kak long dia -_-"

aina, along tahu awak baca blog syazwani rozelan. jadi nak luah rasa kat sini. bila cakap depan-depan, nanti awak geli. haha

aina, may Allah bless you and get all the happiness di dunia dan akhirat insyaAllah. jadi anak, adik, kakak, kawan yang baik. lekas tumbuh jadi budak besar supaya awak jadi budak yang punya hati tabah dan kuat. along aina


jangan takut untuk hidup. sebab awak ada guardian angels yang terbaik dari Allah :')


ok. part ni saya cemburu. hadiah dia gorgeous. nak lahh. ish!


saya tak boleh tengok hadiah tu. sebab saya gila jam. jam dia lawa siot miot. arghh *tutup mata*


even along cemburu tahap gunung dengan hadiah tu, but along tak dengki. harap-haraplah. heh. kalau jam tu hilang, tolong jangan tuduh along. jangan lupa sebab kita ada adik baby yang nakal. mungkin dia yang ambil nanti. wehee.



along, arwah angah and baby loves you damn much. you're our precious sibling. jawab baik-baik untuk paper UPSR nanti. siapa minta couple kat awak hari tu? along dah lupa nama dia. jangan layan ok. cakap kat handsome boy tu, saya taknak awak sebab taknak langkah bendul. sebab kakak saya takde boyfriend lagi so kena tunggu dia cari boyfriend dulu. ok ini dah cerita lain -_-"

bye.

Aina, Happy Birthday!
i youuu *peluk*


luv, wani..

Wednesday, June 9, 2010

Allah loves you


hati perempuan nipis.
jangan kau cuba koyakkan.
jangan mencari kesempurnaan sebab kau takkan jumpa.
cintai dia kerana agama dan bukan dari fizikalnya.


ini bukan tentang saya. ini tentang seorang kawan. tapi boleh buat sebagai ingatan untuk semua kaum perempuan.

kawan, saya tahu awak baca. sabar dan cuba tenangkan segala. awak ada keluarga. awak ada saya. dan paling agung, awak ada Dia. jangan sebab seorang manusia yang tak tahu hargai awak, awak jadi putus asa. jangan.

Allah bagi awak satu hati satu jiwa. jaga yang satu tu baik-baik. jangan bagi ia sakit. sebab awak akan bagi hati dan jiwa yang satu itu untuk lelaki yang bernama suami satu hari nanti :)

jaga diri.
banyakkan selawat, kuatkan semangat.
sebab orang yang sabar Allah sayang sangat-sangat.

kawan; at in the end, the love you take is equal to the love you make. percayalah :')

luv, wani..

Monday, June 7, 2010

KL Bird Park adventure

saya berblog ikut perlu. kalau tengah termenung terpikir sesuatu, datang si idea, terus capai lappy, ketak ketuk ketak ketuk. tu bunyi keyboard. bukan bunyi perut -_-"

intro merepek tapi jujur. malu siot kalau bunyi perut. perut saya selalu buat macam tu. lapar kenyang, sama je. hawau betol

pokpek kali ni bukan nak cerita pasal perut. sebab tu sensetif. tunggu perut saya kempis, baru kita cerita pasal perut. ok boncet, teruskan cerita.

saya baru tahu di Malaysia di dunia, terdapat banyak spesis burung. sebab subjek sains dulu, saya selalu tidur. jadi saya teruja bila masuk Bird Park hari tu. sangat jakun.

antara spesis-spesis burung yang ada, salah satunya ini

ok tipu. ni bukan spesis burung. kau gila. saja nak tunjuk entrance to Bird Park tu.


ciptaan Allah. everything's just wonderful :')





indah.


semua gorgeous semua friendly. kalau tak, takkan syazwani rozelan jadi macam ni -_-"

hello. i'm wani. what's your name?


come here baby. come to mama


mulut awak oren, menawan. mulut saya merah, menakutkan -_-"


alololo baby baby :')


pelancong melencong. sungguh melancong -_-"

saya tak suka gambar dengan aina. sebab dia nampak slim -_-"


si pendek baby.


wajah kesayangan. terlalu sayang. sangat


thank you luang masa :')


saya mula jatuh cinta dengan nature. saya jadi kagum dengan ciptaan dan kebesaranNya. kadang-kadang banyak cara untuk kita belajar bersyukur :)

readers, thanks y'all sebab luang masa. moga kalian menjadi anak yang baik dan nakal sikit-sikit seperti dia. bye

luv, wani..