Monday, August 16, 2010

cerita Ramadhan

assalamualaikum awak semua! :)

umat Islam dah start puasa almost 1 week. tapi saya terkedek-kedek nak buat ucapan selamat untuk semua. kadang-kadang, cerita basi tak salah untuk dikongsi. kannn? heee.

Selamat Berpuasa semua! Happy fasting you all! banyakkan beribadah sebab semuanya berganda. saya tengah usaha untuk kejar mana yang dapat. harap awak juga :)

to keluarga yang sentiasa di sisi, kawankawan rapat, kawan jauh dimata dekat dihati, kawan baik kawan tak baik; saya minta maaf kalau ada salah silap. jom ber-aman-damai.

gambar bertemakan bulan puasa bulan mulia.


kawankawan yang dekat tu, jangan mengada-ngada nak pura-pura lupa nak ajak pergi bazar atau buka sama ^_^

kepada housemates tersayang, thank you bersusah-payah kejut sahur, kejut subuh. korang pun dah biasa siapa yang bangun paling lambat kan. haha. banyak tragedi dasyat yang korang alami time sesi kejut-mengejut. mohon jasa baik, jangan gatal nak record sesi mamai bangun tidur. ianya bencana alam -_-"

to awak semua, jangan nakal-nakal bulan puasa ni okayy. jangan jadi macam dia. die memang susah nak tunjuk teladan yang baik sebenarnya.


ok jaga diri, bye.

luv, wani..

Monday, July 26, 2010

how i bring myself

syukur saya masih sihat. ya bertambah sihat dengan berat badan yang mampu membanggakan mak ayah di kampung. kesihatan pun alhamdullilah bagus. saya hilang sekejap bukan pergi ke negara seberang. masih pijak di bumi nyata. tapi tu la, keadaan tak mengizinkan untuk saya bercerita.

saya minta maaf kalau ada antara readers yang buka syazwanirozelan.blogspot tapi masih shows entry yang sama. esok buka, entry sama lagi. ishh bosan. belog saya makin lama makin tak terurus. maaf. been very busy lately dengan homework lecturers bagi. fuhh. semua assignment terbaik wok. sekali dapat macam nak gigit jari. saya suka assignment macam tuh -_-"

jadi, nanti bila ada masa lapang, idea terbang-terbang, insyaAllah saya akan cerita kat belog. at some point, buat masa sekarang saya perlu seeing the difference between apa yang saya nak, and apa my priority order sebenar-benarnya. ok? ^_^

jaga diri elok-elok semua. smile! coz' someone loves you :)


luv, wani..

Saturday, July 3, 2010

tak salah jadi baik

anyone can catch your eyes, but it takes special people to catch your heart.
thanks to those yang sudah ambil hati saya; keluarga dan teman.
jaga ia baik-baik :)
hati kalian? i'll make sure there is no such word as regret. insyaAllah

andai remuk yang berlaku, redha.

titik.



eh.. saya dah macam matured sikit kann? tak sangka :)
ok bye.
jaga diri elok-elok. sediakan payung sebelum hujan -_-"

luv, wani..

Saturday, June 26, 2010

food issues

semalam saya godek-godek lappy. sebab nak wat clearance. kalau new semester dah nak buka, ini aktiviti wajib. tapi saya tiba-tiba jadi musykil bila buka folder pictures. apsal gambar saya banyak gambar macam gini.



ishh. rindu moment ni. depan tu penuh dengan kasih sayang. tengok tengok. ahhhh~



pipi labuh siot. tu pun tak sedar diri. gila ahh



barang-barang untuk isi dalam tangki perut. ngap ngapp~



mangkuk siapa neh? jangan tumpang letak depan saya boleh tak? kang orang lain pikir macam-macam -_-"


ada satu famous quote cakap; eat to please yourself, but dress to please others :)

saya pegang quote tu. eat to please yourself y'all~!! hihi ^_^

sebab tu pernah sekali ada kakak tegur kat kursus mana entah- saya dah lupa. kakak tu cakap, macam tak pakai braces la dik. adik kakak pun pakai braces. tapi dia selalu makan bubur je.

hamboiii~ nak kata aku makan banyak ahhh tu -_-

makan lagi; apedehal. kannnn?

luv, wani..

hati

Allah uji sekejap untuk bagi ganjaran yang berganda.
sabar dan tenang lah kamu hendaknya.
dekatkan diri padaNya.
insyaAllah, kamu tidak akan Dia lupa.
saya juga manusia biasa.
pernah terleka.
Alhamdullilah berkat doa, semua tenang seperti sedia kala.


kongsi rasa sebab saya nak kamu turut bahagia di luar sana.
by me, dua-puluh-enam hari bulan Jun 2010

:)

luv, wani..

Wednesday, June 23, 2010

gigi, stay here!

ayuh cakap tentang braces. also known as orthodontic braces. bahasa pasar cakap, gigi besi.

dulu saya budak rabbit. gigi terabur. tak tahu mana 1 gusi, mana 1 gigi. ishh dasyat. masa saya baby, Allah bagi saya gigi yang cantik putih berseri. around umur saya 3 tahun macam tu, something tragis dah berlaku. budak nakal memang macam tu. budak perempuan lain main masak-masak, main kahwin-kahwin. tapi saya tak. saya main bala tentera. konon nak jadi navy. saya ambil bolster (bantal peluk panjang) , kemudian pijak dan goyang-goyangkan. kau dapat bayangkan tak macam mana bantal tu licin dengan permukaan lantai mozek. memang cari nahas -_-"

saya main tak hengat dunia. berdiri and gerak-gerak atas bolster macam tu la kapal marin saya. main punya main, bammmmm! tersungkur. dapat pakej jahitan muka dari kening ke dagu. gigi terabur and mungkin pada masa tu jugak, gusi lari dari landasan

bila dah besar, saya nak jadi cantik. gigi terabur buat saya tak confident. dah la kuat gelak kuat sengeh. malu nak tunjuk gigi. heh heh

so i decided to do braces.

ini bukan gigi saya. source from Google. gigi mahal kena simpan. tak boleh tayang sangat. bahaha


bila dah pakai braces, kita ibarat bercinta dengan dentist. selalu kena jumpa. kalau tak, boleh jadi meroyan. bila jumpa dentist, dia akan tarik posisi gigi kita slow-slow, tukarkan wayar besi and so on. so nanti in the end, akan ada allignment supaya gigi tersusun cantik. meeting dengan dentist, depends. sebulan or 3 bulan akan datang. yang tu dentist tentukan. takpayah risau. saya dah pakai braces since setahun lepas :)

wayar and bracket yang dipasang tu tujuannya nak bagi force pada ligament gigi (PDL) and effect kat alveolar bone supaya gigi boleh gerak. akan rasa sakit sikit. tapi lama-lama dah immune. bila sakit gigi, saya buat bodoh. sebab dah macam isi dengan kuku -_-"


gigi jarak dekat.


pakai braces tak tentu berapa lama. itu between awak dengan dentist. pandai-pandailah korang disscuss. selalunya ikut pakej. kalau pakai braces yang jenis kuat and capat gerak, tak lama pun pasang.

macam saya, saya pilih plan pakai braces just untuk 1 tahun setengah. dentist tu juga yang suggest kan. ambil pakej yang cepat gerak. orang tak sabar, memang kena pilih pakej macam tu :)
ada kawan lain, 3 ke 4 tahun. so it depends.

bila pemakaian braces berlangsung, makan minum kena jaga. jangan makan keras-keras. tapi saya selalu gigit ais. ok fine, takleh jadi doktor gigi macam ni. nasihat takleh pakai T_T

bila dah pakai braces, saya dapat banyak nama timangan. ugly betty, budak besi, iron lady, besi buruk etc. bedebah betul diorang neh.

dulu ramai takut pakai braces sebab nampak hodoh. iya ke?


shahir my dearly. kah-kah-kah.
dia menaikkan martabat manusia-pakai-braces-seantero-dunia. tengok! mana ada pakai braces nampak hodoh. handsome banyak wooo


eh. tak hodoh pun.
masuk bakul angkat sendiri -_-"


rileks je pakai braces.
the end.

luv, wani..

Tuesday, June 22, 2010

cherished moments



i am touched :')
kalau macam ni punya hilang, mak abah takyah risau. ramai inspector boleh tolong war-warkan. pelik. macam mana boleh jumpa belog tapi tak jumpe facebook saya. inspector ni pun. lain lah kalau belog saya dah keluarkan kat Harian Metro ruangan berita dunia. ekekek ikan kekek ^_^

nasib baik dah dapat jejak kasih. fuhh

naazreen ni one of my collegue kat Majils Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). saya panggil kakak comel ni; kak erin. kami practical sama-sama in 2008. she is from other IPT. masa tu, we all mix. semua dari IPT lain-lain but dalam department yang sama. but we can get along together :)

time tu kat office; saya dipanggil budak kecik sebab paling muda. yang lain semua tua dua tiga tahun. department kami paling havoc sebab penuh dengan budak practical yang happening gila wa cakap lu. ish rindu.

time saya practical di sana, saya diprotect habis-habisan. kan budak kecik ^_^
kalau masing-masing nak turun beli snacks, semua offer. budak kecik nak kirim? budak kecik nak apa-apa? alahaiiii baiknya abang kakak macam ni -_-"

kalau saya masuk office pagi-pagi muka ketat ya Rabbi, ada je kakak abang yang tegur. tak cukup tidur? tengah lapar ke? takmo muka cam gitu. jom breakfast. alololo. saya tak tahu nak cari abang kakak macam tu kat mana lagi -_-"

thank you untuk penjagaan rapi. you guys are one of my precious. selamat semuanya. ada masa ada rezeki, kita reunite ya :)

luv, wani..

Monday, June 21, 2010

storytelling

ketiadaan saya yang agak lama ialah sebab pergi bertapa entah pape -_-"
bertapa di utara memang great. macam taknak balik. tapi tak boleh. new semester dah nak start. semangat nak belajar berkobar KOBRA.

macam biasa, kalau ikutkan hati, malas nak tayang gambar. sebabnye, kat facebook pun dah semak dengan gambar camni. tapi teringat golongan yang takde facebook tu. tak tengok gambar, kang rindu susah. haha. perasan kau wani. dah diamm

alhamdullilah vacay dengan family jalan lancar. selamat pergi selamat balik. on the road pun lancar. yela kot. sebab saya hentam tidur kat belakang. tak tahu lah kalau jadi kejadian aneh.


ok. ni Perlis. scenery resort ni sangat vitamin. segar bugar kat sana Tasoh Lake Resort



candid. it was taken by emak. serabai betul


before maghrib lepak sini dulu. sebelum hantu start terbang-terbang.



ok next. this pictures was in Penang

at Copthorne Orchid Hotel Penang. siapa bilang gadis Melayu tak menawan? eh eh tetiba


sebab tu tak sesat. tengok map dulu -_-"


lupa nama pantai nih. its ok la kan. tengok gambar je and duduk diam-diam



ececeh wani, ececeh ^_^


part ni menyampah. susun barang pastu bonet sendat pastu emo sebab barang gemok sangat.


kan aku dah kata. ni kes penat. ni muka hodoh tahap biasa. ada lagi hodoh. takpe, simpan dalam laci tengok sorang-sorang cukup.


mak and baby hilang. call polis kejap. taken by abah.


keluarga bersatu kembali. mak and baby sudah ditemui. melaporkan untuk diri sendiri -_-"


lepas ni, entah bila dapat pergi vacation lagi. ish

the end.

luv, wani..

Friday, June 18, 2010

lucky terlampau


saya bukan budak sport. tapi saya support sport tempatan. selamat semuanya untuk semua yang terlibat dengan Sukma XIII Melaka 2010 :)


dah la bukan budak sport. nak juga tepek gambar ni. ish, bukan apa. saja nak tayang pass gantung-gantung kat leher tu. boleh masuk stadium as a VVIP. kadang-kadang jakun, apa salahnya -_-"

terima kasih penyumbang pass VVIP. lain kali nak lagi ^_^
boleh? hmm


kan dah cakap. dia memang suka enter frame. depan-depan alam berdiri. gila glamour betol. semua station TV ada. jadi teruja


lepas depan padang, enter frame belakang VVIP pulak. tepi-tepi


well done Melaka, well done!

bravo bravo.



bersukan elok-elok. takmo gadoh. good luck semua! :)



luv, wani..

Sunday, June 13, 2010

luangkan sedikit masa


utusan dari pembaca.

cis! annoying gila gambar. penuh pura-pura -_-"


ok start

guyz, saya dapat Beautiful Blogger. ek eleyh, berlagak seh. dah diammm -_-"
kepada pemberi award, harap kamu tak silap orang. karang malu saya kalau terperasan lebih. tup-tup salah orang. haha. by the way, terima kasih Zatul!

betul cakap orang; termakan budi. kalau dah dapat award, mesti ah kena makan budi-budi -_-"

award ini package. kau dapat award, automatik dapat soalan. nak tak nak, jawabbb!


1. thanx to the person who gave you the award and link the person.

thank you Zatul. she is one of my classmates. sangat manis budaknya. dia muda dan saya pun tua. huh. ini blog nya. sila sila

2. spread the words to 15 bloggers who you like and you think their blogger are awesome!

wahai mana-mana 15 bloggers, tolonglahhh perasan untuk kali ini. kali ini saje. tolong ambik award Beautiful Blogger ini. ok settled! :)

3. tell 7 things about yourself.

satu : geli kucing sebab bulu-bulu
dua : tak boleh miss breakfast untuk tiap pagi. tak bolehhh
tiga : close dengan family. kalau emak pergi kursus, adik-adik nak pergi camping; boleh nangis tersentuh hati
empat : sangat BENGANG dengan perokok handalan sembur asap dekat muka orang. kurang diajar
lima : boleh control emosi orang, tak boleh control emosi sendiri
enam : cepat marah cepat cool
tujuh : homebody person



perihal kedua. masih dalam mood Zatul. haha. ini budak memang tauu. saje nak korek hidung. eh tak, saje nak korek cerita. boleh sangat. tag dari si comel Zatul. ok meh nak jawab.

1. adakah anda happy sekarang?

sangat!

2. kenapa anda happy?

sebab diberi kesempatan untuk hidup. boleh main jawab-jawab tag macam ni. syukur Ya Allah :')

3. apakah benda yang boleh buat anda happy?

bila semuanya dalam keadaan baik :)

4. pernahkah anda menerima tag?

pernah

5. nyatakan warna yang anda suka?

merah

6. beritahu 9 orang yang anda mahu tag?

hai 9 orang, meh sini meh

7. tulis sesuatu tentang orang yang anda tag.

mereka seorang manusia

8. adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?

Alhamdullilah happy. selesai jawab tag ni


luv, wani..